Tuesday 5 March 2013

Pendidikan Awal Peringkat Prasekolah Penting Bentuk Perkembangan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Pendidikan awal di peringkat prasekolah menjadi elemen penting dalam membentuk perkembangan dan pembangunan seorang kanak-kanak sebelum melangkah ke sekolah rendah, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

           Beliau berkata jika kanak-kanak itu mendapat pendidikan awal yang berkualiti, sudah pasti mereka akan terus berjaya dalam pendidikan di peringkat seterusnya.

           "Pelbagai prasarana serta bantuan disediakan oleh kerajaan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas berkualiti, namun ia hanya akan menjadi sia-sia sekiranya pelajar-pelajar tidak berada di landasan yang betul.

           "Seperti pepatah Melayu untuk melentur buluh biarlah dari rebungnya, ini membawa pengertian yang amat jelas bahawa pendidikan awal kanak-kanak itu sememangnya begitu penting terutama dalam menentukan sedalam mana minat kanak-kanak itu terhadap bidang pelajaran di masa akan datang," katanya pada majlis penyampaian hadiah Tadika Sri Wawasan di sini.

           Maglin berkata selain memberikan pendidikan awal yang lebih berkesan, keprihatinan ibu bapa penting termasuk meluangkan masa bersama anak-anak.

1 comment:

  1. Setelah membaca berita ini, saya sangat bersetuju dengan pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak sebelum melangkah ke sekolah rendah iaitu Tahun 1. Jika seseorang kanak tersebut memdapat pendidikan awal yang baik, dia akan berjaya dalam pendidikan peringkat yang lebih tinggi. Ibubapa juga harus bertanggungjawab dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka bukannya bergantung kepada guru dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete