Monday 25 March 2013

Definisi Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

          Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

          Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).

          Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik ,seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan-kecerdasan yang dikemukakanoleh Gardner adalah seperti berikut:

Kinestetik

          Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan  menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubah. Lebih cenderung melakukan aktivi yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, manari, gimmrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Interpersonal

          Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh berkerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Intrapersonal

          Kebolehan untuk refleksi diri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai secara berfikir.

Logik-Matematik

          Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif dan serta berfikiran secara konspetual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, manyoal, manganalisis, mensintesis, mangira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Muzik

          Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyayi, bersiul, mengubah muzik, meningati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

Verbal-Linguistik

          Kebolehan menggunakan bahasa efektif sama ada secara lisan dan menulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, manulis, bercerita, menerangkan, mengingat meklumat, memahami perkataan.

Visual-Ruang

          Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaolikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. Melakar, menulis dan menterjemah imej secara visual.

Naturalis

          Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bungi-bungian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

3 comments:

  1. Post ini menerangkan teori kepelbagaian kecerdasan Gardner. Dengan memahami teori ini, ibubapa atau guru boleh mendidik bayi dalam 8 aspek tertentu iaitu kinestetik, interpersonal, intrapersonal, logik-matematik, muzik, verbal-linguistik, visual-ruang dan naturalis. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lebih sistematik dan berkesan.

    ReplyDelete