Thursday 28 February 2013

Discussion for assignment 1

          For Assignment Pendekatan, my group suggested to use Montessori's theory.

          First thing comes into my mind is theory about play while learn. In my opinion, play while learn is a very good strategy to teach children.

         This is because play is the nature of children. They love to play. So, we as their teacher can design an effective environment for them to explore and play.

         Of course we need to consider about the objective of the setting the environment for them to play and learn.

         By this way, the children can learn when play with the materials that have been prepared by the teacher. The objective will be achieved and children won't feel boring in class. They will love to learn in the future.

          However, theory that will be used for this assignment need to approve by other members. I would like to listen for their ideas and their opinions to my idea.

Wednesday 27 February 2013

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

PENDEKATAN
• Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
• Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
• Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
• Mendokong sesuatu teori

KAEDAH
• Siri tindakan guru yang sistematik
• Lebih bercorak jangka pendek
• Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
• Mendokong pendekatan dipilih

TEKNIK
• merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
• pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah
• digunakan dalam langkah pengajaran
• perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

STRATEGI
• Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
• Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
• Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

Strategi Pengajaran

Hubungkait Antara Strategi, Pendekatan, Kaedah Dan Teknik

Kaedah Pengajaran

          Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.

          Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
            
          Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
            
          Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
            
          Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  
            
          Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1.  kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2.  kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
               hendak dicapai
3.  kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
               yang diajar
4.  kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5.  kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6.  mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
               bekenaan
7.  kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
               ada.
         
          An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
            
          Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

          Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
          
1.  Tujuan am (learning goal)
2.  Objektif pelajar (specific objective)
            3.  Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
               tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
            4.  Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
            5.  Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
               pencapaian pelajar
 
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
            
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
           
Planning
Implementation
Evaluation
 
           Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the
             ability to bring about intended learning goals”. 
Parrott (1986:5)
 
          Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. 

Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).
 

Kaedah Pengajaran Guru Dalam Penggunaan Alatan Tangan

Pengenalan
  
Menurut Mok (1992), kaedah pengajaran merupakan satu cara mendekati objektif pengajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Sharifah ( 1986 ), kaedah pengajaran pula merupakan peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
 

Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran. Antara kaedah pengajaran yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
i) Kaedah tunjuk cara
ii) Kaedah amali
iii) Kaedah projek
iv) Kaedah simulasi
v) Kaedah syarahan
vi) Kaedah latih tubi
vii) Kaedah perbincangan
 
i) Kaedah Tunjuk Cara
 
 Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah demonstrasi. Dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup, kaedah pengajaran guru adalah penting. Sewaktu pengajaran, kemahiran guru mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara melakukan kerja amali yang melibatkan penggunaan alatan tangan di hadapan pelajar secara langsung memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan meneliti. Ini juga disokong oleh Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor.

 Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang
dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Di samping itu, demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan tangan.
 
ii) Kaedah Amali

 Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah
amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar berpeluang untuk mengendalikan alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri.

 Kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal apabila digunakan dan dapat
membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran di dalam bengkel.

iii) Kaedah Projek
 
 Professor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah
projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan
bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan penglibat pelajar dan secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada pada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain.

 Dalam satu pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung memberi
kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam situasi sebenar.

iv) Kaedah Simulasi

 Kaedah simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sengaja diwujudkan sama dengan
keadaan dan situasi sebenar dengan matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan melakukan pembelajaran melalui aktiviti lakonan secara teratur dan dikawal. Kaedah simulasi melibatkan sosiodrama dan juga main peranan. Sosiodrama merupakan salah satu aktiviti lakonan yang menarik serta berdasarkan sesebuah cerita manakala lakonan pula merupakan satu lakonan secara spontan tanpa melibatkan skrip. Lazimnya kaedah pengajaran jenis simulasi ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan membina sifat positif pada pelajar.

v) Kaedah Syarahan
 
 Kaedah syarahan juga dikenali sebagai kaeda kuliah. Menurut Atan Long (1980), guru
dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa. Ini menunjukkan kepada kita bahawa guru luas pengetahuan manakala pelajar  boleh diibaratkan sebagai ‘tin yang kosong’. Lazimnya kaedah syarahan sering digunakan dalam pengajaran institute pengajian tinggi. Melalui kaedah ini, pelajar mendengar pengajaran guru, mencatat nota dan memikir semula isi pengajaran selepas pengajaran. Dari aspek guru pula, guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Dalam kaedah ini, sesi perbincangan tidak dijalankan sewaktu pengajaran.

vi) Kaedah Latih Tubi

 Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang diperoleh. Tujuan kaedah latih tubi ini digunakan dalam pengajaran adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran di samping menjamin kekekalannya.

vii) Kaedah Perbincangan

 Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu aktiviti
perbualan yang melibatkan di antara pelajar dengan guru di dalam sesebuah kelas. Dalam sesi perbincangan, guru lazimnya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan. Pelajar pula memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut.

 Terdapat dua jenis bentuk perbincangan iaitu perbincaangan yang dijalankan di keseluruhan
kelas dan juga perbincangan antara kumpulan-kumpulan kecil. Dalam perbincangan antara
keseluruhan kelas, perbincangan tersebut lazimnya diarahkan oleh guru. Untuk perbincangan
kumpulan-kumpulan kecil pula, sesi perbincangan tersebut lazimnya diketuai oleh pelajar di dalam kelas tersebut.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

PENDAHULUAN
          Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

           Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

          Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
          Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
          Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

MATLAMAT 

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.       
 
OBJEKTIF 


Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:    

  • mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
  • bertutur dengan petah dan mengeluarkan  buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
  • membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
  • menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
  • menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
  • memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
  • menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
  • menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
  • menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
  • memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
  • menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. 
   
 
1.) PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. 
 
   
2.) PENYERAPAN 
 
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. 
 
  

3.) PENGAYAAN 
 
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah  diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. 
 
   

4.) PEMULIHAN 
 
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. 
   


5.) PENILAIAN 
 
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan  pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. 
 

Perancangan Mengajar Di Taska

Perancangan Mengajar Di Taska

Ramai yang beranggapan pendidik kanak-kanak tatih di taska tidak perlu membuat merancang pengajaran. Begitu juga mereka yang beranggapan inisiatif pembelajaran datangnya daripada kanak-kanak tatih maka rancangan pengajaran tidak perlu disediakan. Pendidik kanak-kanak tatih yang berkesan pastinya merancang pengajaran.

Perancangan pengajaran untuk kanak-kanak tatih dirancang berdasarkan perkara berikut:
~ Merancang berdasarkan kepada pemerhatian tahap perkembangan.
~ Perancangan mengambilkira sesuatu gaya pembelajaran (learning style) kanak-kanak tatih, corak interaksi dengan bahan, pergerakan kepada aktiviti lain, berbalik kepada pengulangan pengalaman.
~Merancang berdasarkan kepada minat.
~Merancang kurikulum pendekatan projek untuk membolehkan kanak-kanak tatih membuat hubungan antara pengalaman yang berlainan.
~Membuat catatan pada helaian kertas panduan rancangan mengajar untuk kelas.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mencapai Matlamat Strategi Kurikulum

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

1. Pengurusan Tenaga Pengajar
    1. Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu kelas atau mata pelajaran.
    2. Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan dalam proses P&P mereka.
    3. Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel atau penyertaan dalam seminar-seminar.
    4. Mengadakan kursus dalam setiap kali balik atau selesai menghadiri sebarang kursus.
    5. Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar.
    6. Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada semua guru.

2. Pengurusan Pelajar
    1. Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 40 orang dalam sesuatu kelas.
    2. Pelajar dalam kelas Tahap Satu adalah seimbang dari segi tahap pencapaian akademik.
    3. Pelajar dalam kelas Tahap Dua adalah berdasarkan pencapaian semasa mereka bagi lima mata pelajaran utama mengikut hirarki berikut :-
      • Bahasa Inggeris
      • Matematik
      • Sains
      • Bahasa Melayu Penulisan
      • Bahasa Melayu Pemahaman
    Pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan ke dalam kelas Cemerlang, Lulus dan Potensi Lulus setiap kali selepas diadakan penilaian pada MAC, MEI dan OGOS. Jadual Kedatangan tidak diubah.
3. Sistem Penilaian

3.1 Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun iaitu seperti jadual berikut :-
3.1.1 Penilaian Satu ( MAC ) ………… Menentukan TOV dan Sasaran
3.1.2 Pertengahan Tahun ( MEI ) ……. Melihat pencapaian pelajar
3.1.3 Penilaian Dua ( OGOS ) ……….. Melihat pencapaian pelajar
3.1.4 Akhir Tahun ( OKTOBER ) …… Pencapaian pelajar sebenar bertujuan penganugerahan

3.2 Mewujudkan unsur-unsur penilaian berterusan dan daya saing yang sihat dikalangan pelajar melalui kaedah :-
3.2.1 10% markah dari penilaian satu dicampurkan 90% markah dari pertengahan tahun bagi tujuan Pelaporan Pertengahan Tahun.
3.2.2 10% markah dari penilaian dua dicampurkan 90% markah dari penilaian akhir tahun bagi tujuan Pelaporan Akhir Tahun.

3.3 Guru-guru dipertanggungjawab sepenuhnya bagi menggubal soalan-soakan bagi setiap peringkat penilaian dengan peranan penting dimainkan oleh setiap Panitia yang terlibat.

3.4 Analisa Keputusan Penuh perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata pelajaran.
 
4. Pengurusan Pelajar

4.1 Memastikan guru melaksanakan proses P&P secara maksimum.
4.2 Memastikan proses P&P tetap berjalan walaupun ketiadaa guru, dengan cara melaksanakan jadual guru ganti.
4.3 Proses P&P tidak diganggu dengan mesyuarat-mesyuarat.
4.4 Menggalakkan guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam melaksanakan proses P&P.
4.5 Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan kepada murid bagi setiap mata pelajaran utama.
4.6 Menyediakan rancangan pengajaran tahunan mengikut peringkat penguasaan murid.
4.7 Melaksanakan Konsep Pembelajaran Masteri dan Minimum Adequate Slybus.

5. Melaksanakan Pelbagai Program Berterusan

5.1 Melaksanakan Program Pemantauan Head Count bagi kelas tahun 4, 5 dan 6.
5.2 Melaksanakan program “Walking Dictionary” bagi membolehkan murid menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
5.3 Melaksanakan Program HELP bagi pengajaran Pendidikan Jasmani, Muzik dan Pendidikan Seni. Program ini melibatkan arahan-arahan yang mudah dalam P&P dituturkan dalam Bahasa Inggeris oleh guru.
5.4 Melaksanakan Program Pembelajaran Berbantukan Pusat Sumber Sekolah.
5.5 Melaksanakan Program “Talking Board” semasa proses P&P dikelas bagi kebanyakan mata pelajara.
5.6 Melaksanakan Program “Kelas Bimbingan” bagi membimbing murid yang lambat menguasai kemahiran, diluar jadul waktu.
 
6. Menambah Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Pembelajaran

6.1 Berusaha mewujudkan bilik-bilik pembelajaran khas untuk Bahasa Inggeris ( SAL ) dan Bilik Matematik.

6.2 Menambah bahan-bahan pengajaran & pembelajaran melalui perancangan dan maklumat dari Panitia Mata Pelajaran.

6.3 Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran bukan formal melalui Program Keceriaan Sekolah seperti :-
6.3.1 Lukisan Mural
6.3.2 Pelabelan Peralatan Dan Sudut-Sudut
6.3.3 Penulisan Kata-kata Hikmat di kelas atau sudut-sudut tertentu.

7. Program Penetapan Sasaran Pencapaian

7.1 Konsep Semua pelajar yang belajar di sekolah ini telah ditetapkan sasaran tertentu untuk mereka capai bagi semua mata pelajaran utama untuk semua aliran dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

7.2 Matlamat Supaya semua pelahar berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Sebagai satu Sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan guru sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses P&P. Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebik baik dimasa-masa akan datang. Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak-anak mereka.

8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Kurikulum Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
PERSEDIAAN Agihan Tugas Mengajar Pembinaan Jadual Waktu Persediaan Rancangan Mengajar MESYUARAT J/Kuasa Kurikulum Sekolah J/Kuasa Pusat Sumber J/Kuasa Kecemerlangan UPSR J/Kuasa Program Akademik J/Kuasa Penilaian & Peperiksaan J/Kuasa Jadual Waktu Panitia Mata Pelajaran J/Kuasa ICT PELAKSANAAN / PEMANTAUAN PROGRAM Pelaksanaan Proses P&P Penyediaan Head Count Pemeriksaan Buku Latihan Penilaian & Peperiksaan Pencerapan Proses P&P

PELAKSANAAN PROGRAM SOKONGAN AKADEMIK
  • Minggu Bahasa Melayu
  • Minggu Bahasa Inggeris
  • Minggu Sains & Teknologi
  • Minggu Matematik
  • Minggu PSS
  • Kelas Tambahan Kelas Bimbingan
PROGRAM KEMAJUAN STAF (BENGKEL & KURSUS )

Pemeriksaan Kertas BI Pemeriksaan Kertas BM Pemeriksaan Kertas M3 Bengkel Pembinaan JPU Orientasi Perubahan Sukatan X Kursus Kemahiran ICT

10. Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang berkesan.Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti-aktiviti atau perancangan berikut :-

10.1 Mengadakan mesyuarat secara berkala. Sama ada secara formal atau tidak formal.
10.2 Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti pemantapan keilmuan guru-guru.
10.3 Menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama dan program-program berterusan yang dirancang.
10.4 Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes-kes yang dialami.
10.5 Mengesyorkan apa-apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran.

11. Penghargaan Memberikan penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid-murid. Oleh itu pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah. Diantaranya adalah :-

11.1 Penghargaan berbentuk kata-kata perangsang ditulis dalam buku latihan murid.
11.2 Pemberian barang-barang kepada murid yang menunjukkan peningkatan prestasi boleh dilaksanakan oleh guru-guru.
11.3 Penghargaan berbentuk keistimewaan tertentu diberikan kepada murid yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran mereka.

Komponen Persediaan Mengajar

Penguasaan kemahiran merancang rancangan kerja berdasarkan Penelitian dan Pentafsiran Sukatan Pelajaran
Guru pelatih haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran. Antaranya adalah;
~ Unit-unit  pembelajaran
~ Objektif-objektif pengajaran
      ~ Kemahiran-kemahiran yang ingin dicapai
      ~ Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang bersesuaian
      ~ Sumber serta bahan pengajaran 

Penyediaan Rancangan Mengajar
 Komponen-komponen Persediaan Mengajar
 PERSEDIAAN~ butir-butir am
~ pengetahuan lepas
~ kemahiran
~ objektif pelajaran
~ penggabungjalinan
~ sumber pengajaran pembelajaran
~ penerapan nilsi

PENYAMPAIAN~ Set Induksi- Perkembangan- isi pelajaran
   - kemahiran
   - strategi pengajaran
                                                   - pembelajaran
                                                                               - penerapan nilai                              
                                                                               - penggunaan sumber
PENUTUP~ cara penutup
                   ~ aktiviti susulan      
                   ~ penilaian objektif
                   ~ rumusan / kesimpulan
                   ~ pengubahsuaian

NOTA TAMBAHAN  

5.1 Penyediaan Rancangan Kerja
 Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan Bantu mengajar agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan

5.2 Pentafsiran Sukatan Pelajaran
 1.Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi susunan topik-topik yang disediakan untuk sesuatu matapelajaran. Ia mempunyai objektif pengajaran pembelajaran yang tersendiri
 2. Sukatan pelajaran disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK). Dalam sukatan pelajaran, diperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap matapelajaran.
 3. Sukatan pelajaran akan menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam tahap satu dan dua.
 4. Berdasarkan sukatan pelajaran dan buku panduan khas, seorang guru  perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang optimum
  
5.3 Penyediaan Rancangan Kerja
1.Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun
 2.Rancangan kerja disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula
 3. Kepentingan Rancangan kerja ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
 4. Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut:

Semester
Minggu
Tajuk
Kemahiran
Penerapan Nilai






5. Rancangan kerja semester pula dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.
6. Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu
7. Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut:

Minggu
Kemahiran
Isipelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahan Bantu Mengajar






8. Rancangan Kerja Harian
Rancangan Kerja Harian ini merupakan rancangan kerja minggguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian
9. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut:
a)     kemahiran yang hendak dikuasai
b)    catatan isi pelajaran
c)     aktiviti pengajaran dan pembelajaran
d)    alat/bahan/catatan
10. Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut:

Hari
Kemahiran
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran-pembelajaran
Alat/bahan






5.4 Penyedian Rancangan Mengajar

1.Persediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada:
a)    Butiran am
b)    Tajuk pelajaran
c)    Objektif
d)    Kemahiran
e)    Bahan bantu mengajar
f)     Pengetahuan sedia ada
g)    Penerapan ilmu
h)    Penerapan nilai
i)     Set induksi
j)     Teknik Mengajar
k)    Langkah perkembangan
l)     Penutup
m)   Tindakan susulan

Kaedah dan teknik, Pendekatan, Strategi.

PENDAHULUAN

          Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

          Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

          Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

          Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

          Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

          Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

          Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

          Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

          Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

          Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

          Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

          Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

          Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

          Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

          Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

          Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

          Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

          Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

          Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

          Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

          Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

          Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

          Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

          Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

          Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

          Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

          Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

          Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

          Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

          Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

          Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

          Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

          Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

          Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

          Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

         Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum