Friday 15 March 2013

Apakah Teori Perkembangan yang digunakan oleh PERMATA?

          Pada pendapat saya, PERMATA di negara kita Malaysia menggunakan Teori Perkembangan Jean Piaget. Teori Perkembangan Jean Piaget mementingkan kognitif. Tingkahlaku kanak-kanak akan menunjukkan perkembangan mereka. Contohnya, kanak-kanak yang lebih tua akan berfikir dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda.

          Saya berpendapat bahawa PERMATA menggunakan Teori Perkembangan Jean Piaget kerana mereka mementingkan aspek penting yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Aspek penting berikut adalah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan keseimbangan. Guru-guru tadika PERMATA menggunakan aspek penting ini untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

          Selain itu, Saya berpendapat bahawa PERMATA menggunakan Teori Perkembangan Jean Piaget kerana mereka mementingkan peringkat kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Peringkat kognitif adalah sensorimotor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Guru-guru tadika PERMATA menggunakan peringkat kognitif ini untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

          Oleh itu, saya berpendapat bahawa PERMATA di negara kita Malaysia menggunakan Teori Perkembangan Jean Piaget.

No comments:

Post a Comment