Monday 25 March 2013

Aktiviti Pergerakan, Merasa tekstur, Dengar dan mengesan bunyi serta membezakan bunyi, Dengar dan lihat (0-6 Bulan)

Aktiviti Pergerakan

            Terdapat banyak aktiviti pergerakan yang sesuai dilakukan oleh ibubapa atau guru tadika kepada bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Salah satu aktiviti adalah “imitate face”. Dalam aktiviti ini, dewasa boleh menunjukkan pelbagai ekspresi muka kepada bayi. Bayi tersebut akan cuba meniru muka dewasa tersebut. Dewasa boleh menyebut nama ekspresi muka yang ditunjukkan.

Selain itu, dewasa juga boleh mengikat sebiji baloon yang mengandungi “hydrogen gas” pada tangan atau di tepi katil bayi. Dengan ini, bayi tersebut akan memerhatikan pergerakan baloon tersebut.

            Cermin juga boleh disediakan oleh dewasa untuk bayi. Dewasa boleh mendukung bayi ke hadapan cermin tersebut supaya bayi boleh melihat orang yang terdapat di dalam cermin tersebut iaitu dia sendiri dan dewasa tersebut.

            “Bound bag” juga merupakan salah satu bahan mainan yang boleh dimain oleh bayi. Bayi boleh menolak “bound bag” tersebut dan memerhatikan pergerakan “bound bag” tersebut.

            Aktiviti terakhir yang saya ingin berkongsi adalah boneka. Dewasa boleh menggunakan boneka untuk bercerita atau bercakap dengan bayi kerana ia adalah menarik bagi bayi dan bayi boleh melihat pergerakan yang dilakukan oleh boneka.

Aktiviti Merasa Tekstur

Terdapat banyak aktiviti merasa tekstur yang sesuai dilakukan oleh ibubapa atau guru tadika kepada bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Salah satu aktiviti adalah pegang botol susu. Dewasa boleh cuba mengambil tapak tangan bayi untuk memegang ataupun menyentuh permukaan botol susu. Dewasa juga boleh menyebut nama permukaan botol susu tersebut.

Di samping itu, dewasa boleh membiarkan bayi merasa atau menyentuh permukaan air semasa memandikannya tetapi dalam pengawasan. Dewasa boleh menyebut nama permukaan atau perasaan mandi terhadap bayi tersebut.

Tambahan pula, dewasa boleh mengambil tapak tangan bayi untuk menyentuh muka dewasa. Dengan ini, bayi akan berasa rapat dengan dewasa tersebut serta merasai permukaan muka dewasa tersebut.

Selimut merupakan salah satu bahan yang baik untuk bayi merasa permukaan yang lembut. Dewasa boleh menggunakan selimut untuk bermain “peek a boo” dengan bayi. Dengan ini, bayi boleh belajar permukaan selimut sambil bermain.

Aktiviti Dengar dan Mengesan Bunyi Serta Membezakan Bunyi

Pelbagai alat perkusi boleh disediakan oleh dewasa kepada bayi. Dewasa boleh menbunyikan alat-alat perkusi tersebut supaya bayi boleh mengesan dan membezakan bunyi perkusi tersebut. Contoh alat perkusi adalah “drum”, “loceng tangan”, “shaker” dan sebagainya. Tepuk tangan juga boleh digunakan oleh dewasa jika tiada alat perkusi.

Alat mainan yang boleh menghasilkan bunyi merupakan salah satu alat membantu aktiviti ini. Dewasa boleh menbunyikan alat mainan tersebut supaya bayi mengesan dan membezakan bunyi tersebut. Sebagai contoh, bunyi telefon, ambulan, binatang dan sebagainya.

Aktiviti mendengar lagu juga boleh membantu bayi mengesan dan membezakan bunyi. Dewasa boleh memainkan lagu kanak-kanak yang mempunyai pelbagai bunyi. Sebagai contoh, lagu “Old Mc Donald Had A Farm”.

Aktiviti Dengar Dan Lihat

Untuk aktiviti dengar, seperti mana yang telah dibincang di atas, dewasa boleh menyediakan pelbagai alat perkusi ataupun alat mainan yang boleh menghasilkan bunyi. Bayi boleh mendengar bunyi yang dihasilkan seperti gelang loceng, “bell”, “soft toys berbunyi” dan sebagainya.

Sementara itu, dewasa boleh bermain “puff and blow” dengan bayi. Bayi suka mendengar pelbagai jenis bunyi “puff and blow” yang menarik dan bayi akan cuba melakukannya. Dewasa juga boleh memainkan muzik yang klasik untuk mendodoi bayi.

Untuk aktiviti lihat, seperti mana yang telah dibincang di atas, dewasa boleh membiarkan bayi melihat dirinya di dalam cermin. Dewasa juga boleh bermain “peek a boo” denagn bayi supaya bayi boleh melatih penglihatannya.

Di samping itu, dewasa boleh menyediakan “playground mat” yang berwarna-warni dan menarik. Dengan ini, bayi akan memerhati dan melihat corak yang terdapat di permukaan “playgroung mat” tersebut. “Soft toys” yang berwarni-warni juga merupakan salah satu bahan mainan yang membolehkan bayi melihat dan bermain.

Bahan yang terakhir adalah “flash card” yang sesuai dengan bayi. Dewasa boleh menunjukkan “flash card” yang berwarna putih dan perkataannya berwarna merah. Hal ini disebabkan bayi boleh melihat warna merah bukannya warna hitam pada awal tahunnya. Walau bagaimanapun, “flash card” yang disediakan harus senang dan mudah kepada bayi.

Kesimpulannya, semua aktiviti yang dibincangkan di atas boleh membantu perkembangan bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Bayi yang didedahkan kepada aktiviti-aktiviti tersebut akan berkembang dengan lebih cepat berbanding dengan bayi yang tidak mempunyai peluang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

No comments:

Post a Comment