PUTRAJAYA 19 Julai - Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah
Mansor menyatakan kepentingan negara ini menumpukan pada pendidikan yang
memenuhi keperluan kanak-kanak yang memiliki bakat semulajadi agar
tidak kehilangan mereka kepada negara lain dan ketinggalan daripada
segi kemajuan.
Menurut beliau, jika pendidikan awal tidak diberikan maka tidak
mustahil sesebuah negara itu akan mengalami kesukaran memajukan ekonomi
negara sekaligus mencorakkan perwatakan dan pertumbuhan negara.
"Kita perlu melakukan pendidikan awal ini dengan segera sebab kita
tidak mahu mengalami masalah kekurangan golongan cerdik pandai dan
ketinggalan dalam perjuangan kearah usaha mewujudkan kemajuan
transformasi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Meraikan
Gagasan Aman Kampus Nasional di Seri Perdana di sini malam tadi.
Minggu lalu, warga Dubai dipukau oleh kehebatan anggota Permata Seni
yang mempamerkan bakat luar biasa mereka melalui tarian, nyanyian dan
permainan alat muzik dalam satu persembahan di sana.
Persembahan itu diadakan bersempena undangan yang diterima Rosmah bagi
menghadiri Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semula Jadi ke-12 di
Dubai International Convention and Exhibition Centre (DICEC).
Tambah Rosmah, individu yang memiliki bakat semulajadi sebagai aset
bernilai di mana-mana negara, maka adalah penting pendekatan berbeza
diberikan kepada mereka daripada segi pengajaran dan pembelajaran
dalam persekitaran kondusif yang sesuai dengan mereka.
"Jika kita gagal menyediakan pendidikan yang mampu memenuhi keperluan
mereka, kita bakal berdepan kemungkinan kehilangan mereka kepada negara
lain, atau mereka mungkin keciciran atau tidak dapat menyesuaikan diri
di dalam kelas dan masyarakat," jelasnya.
Kehilangan golongan cerdik pandai untuk memajukan negara merupakan salah satu sebab pendidikan awal kanak-kanak penting.
ReplyDelete