Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat,
adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak.
Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun
mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan
pendidikan awal kanak-kanak berkata:
“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential
intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a
one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a
six-year-old.”
Maksudnya :
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang
lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu
tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak
berusia 6 tahun”.
Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun
sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun
pertama kehidupannya.
Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di
atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab
ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan
sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!
Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?
Selepas membaca post ini, saya bersetuju dengan kajian Glen Doman. Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya. Oleh itu, kita harus mengajar kanak-kanak dengan betul dan berkesan semasa mereka berumur 6 tahun dan ke bawah. Dengan ini, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting.
ReplyDelete