Wednesday 27 February 2013

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

PENDEKATAN
• Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
• Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
• Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
• Mendokong sesuatu teori

KAEDAH
• Siri tindakan guru yang sistematik
• Lebih bercorak jangka pendek
• Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
• Mendokong pendekatan dipilih

TEKNIK
• merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
• pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah
• digunakan dalam langkah pengajaran
• perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

STRATEGI
• Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
• Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
• Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

1 comment:

  1. Walaupun saya bukan orang Islam, tetapi pendidikan Islam adalah penting dalam negara kita kerana Malaysia merupakan negara Islam.
    Oleh itu, saya ingin kongsi ilmu pengetahuan di atas supaya kita boleh mengetahui pendekatan,kaedah, teknik dan strategi yang boleh digunakan dalam pendidikan Islam.

    ReplyDelete