Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang
tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng
(1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.
Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.
Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu
siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam
jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).
Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam
makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan
Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita
kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah
Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu
tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk
mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986),
Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long
(1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu
ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi,
inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988)
mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi
langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan
untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga
dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia
tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan
Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada
ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi
semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan
pelajar.
Al-Kailany (1986)
menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah
pengajaran, antaranya ialah:
1. kaedah mestilah
secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
hendak dicapai
hendak dicapai
3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
yang diajar
yang diajar
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
bekenaan
bekenaan
7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
ada.
ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya
guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada
kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan
menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan
yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih
lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan
yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran
yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta
objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah
satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu
disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai
perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning
goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4.
Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
pencapaian pelajar
pencapaian pelajar
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates
what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a number of
specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire.
(ms. 24)
Perrott (1986)
menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
Planning
Implementation
Evaluation
Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan
asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.
Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan
pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan
pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak
memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang
mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang
didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk
mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan
menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.
Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
“…effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.
Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang
hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan
penilaian yang akan dijalankan.
Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan
nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu
apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai
yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.
Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus
peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam
dengan cara yang betul.
Jadi, penekanannnya ialah penghayatan
Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan
orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal
memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang
Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan
(effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran
yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi
contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru
mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap,
kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran
(engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam
layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali,
1988; Al-Ibrashy, 1976).
Kelebihan post ini adalah ia mempunyai tokoh-tokoh yang menyatakan kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru. Hal ini membuktikan kaedah-kaedah tersebut adalah sah dan sahih.
ReplyDelete