Wednesday 27 February 2013

Perancangan Mengajar Di Taska

Perancangan Mengajar Di Taska

Ramai yang beranggapan pendidik kanak-kanak tatih di taska tidak perlu membuat merancang pengajaran. Begitu juga mereka yang beranggapan inisiatif pembelajaran datangnya daripada kanak-kanak tatih maka rancangan pengajaran tidak perlu disediakan. Pendidik kanak-kanak tatih yang berkesan pastinya merancang pengajaran.

Perancangan pengajaran untuk kanak-kanak tatih dirancang berdasarkan perkara berikut:
~ Merancang berdasarkan kepada pemerhatian tahap perkembangan.
~ Perancangan mengambilkira sesuatu gaya pembelajaran (learning style) kanak-kanak tatih, corak interaksi dengan bahan, pergerakan kepada aktiviti lain, berbalik kepada pengulangan pengalaman.
~Merancang berdasarkan kepada minat.
~Merancang kurikulum pendekatan projek untuk membolehkan kanak-kanak tatih membuat hubungan antara pengalaman yang berlainan.
~Membuat catatan pada helaian kertas panduan rancangan mengajar untuk kelas.

1 comment:

  1. Guru prasekolah harus merancang proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak, stail belajar, minat dan sebagainya supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan dapat menerima ilmu pengetahuan dengan lancar.

    ReplyDelete