Sunday 28 April 2013

Soal Jawab



            Pada pendapat saya, kursus ini sangat baik dan bermakna serta berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya pada masa depan. Saya juga boleh menggunakan ilmu-ilmu daripada Dr. dan rakan-rakan saya terhadap prasekolah saya jika saya berpeluang untuk membukanya.
            Dalam kursus ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan yang belum dipelajari oleh saya dahulu. Saya juga telah menambah ilmu pengetahuan saya yang telah dipelajari oleh saya dahulu. Sehingga hari ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu dari kursus ini seperti falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan objektif pendidikan prasekolah, sebab-sebab pendidikan awal kanak-kanak penting, agensi dan sejarah prasekolah, ciri-ciri Headstart, model kurikulum Pen Green, teori perkembangan (Arnold Gesell, Robert Haringshurst, Jean Piaget, Sigmund Freud, Erik Erikson,…), tahap kritikal perkembangan, perkembangan kanak-kanak mengikut umur, aktiviti-aktiviti untuk pra-sains, pra-matematik, fizikal, estetika dan kreativiti,…), dan sebagainya.
            Antara ilmu yang saya berminat adalah teori perkembangan (Arnold Gesell, Robert Haringshurst, Jean Piaget, Sigmund Freud, Erik Erikson,…), tahap kritikal perkembangan, perkembangan kanak-kanak mengikut umur, aktiviti-aktiviti untuk pra-sains, pra-matematik, fizikal, estetika dan kreativiti,…), dan juga cara massage untuk bayi.
            Kesimpulannya, saya berasa bersyukur kerana mempunyai peluang untuk mengambil kursus ini dengan Dr.

No comments:

Post a Comment