Untuk
tokoh bernama Howard Gardner, Beliau mendefinisikan kecerdasan sebagai
kebolehan untuk menyelesaikan masalah serta mencipta produk.
Beliau memperkenalkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan. Teori Kepelbagaian
Kecerdasan merangkumi logik matematik, visual ruang (spatial), muzik,
kinestetik, naturalis, intrapersonal, interpersonal, existential dan
linguistik.
Untuk mengaplikasikan pendekatan ini, guru harus mengenal pasti setiap
murid dahulu. Selepas itu, mengaplikasikan pendekatan ini dengan
mengubah atau mencipta persekitaran yang sesuai. Akhirnya murid akan
mengaplikasikan apa yang dipelajari oleh mereka.
Terdapat beberapa kelebihan untuk pendekatan ini iaitu fleksible, guru
boleh melihat potensi murid, rancang pelajaran, menggunakan pelbagai
teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid memahami potensi
diri, tidak rendah diri dengan pelbagai kecerdasan serta mengatasi isu
ponteng sekolah.
Setiap perkara mempunyai kelebihan dan kelemahan. Kelemahan pendekatan
ini adalah guru susah melihat potensi semua murid di dalam satu kelas,
ketidakadilan guru serta guru tidak kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.
Pendekatan atau teori Beliau sesuai dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru boleh mengaplikasikannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka untuk menghasilkan generasi masa depan.
No comments:
Post a Comment