Sunday 28 April 2013

Tokoh Pendidikan Kanak-Kanak (Rudolf Steiner: Waldorf Education) (Claire Harley)



            Daripada pembentangan kumpulan 1 dan kumpulan 2, saya sangat berminat dengan tokoh bernama Rudolf Steiner yang memperkenalkan Waldorf Education. Saya juga berminat dengan tokoh bernama Claire Harley, tetapi saya telah membeli bukunya dan membaca sebahagian daripadanya, jadi saya telah mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang apa yang dibentangkan.
            Untuk Waldorf Education, saya sangat teruja tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan “Imagination” dan alam semula jadi. Kanak-kanak tidak boleh menggunakan komputer atau teknologi yang canggih, tidak mempunyai kerja rumah dan tidak mempunyai jadual waktu dalam sekolah juga sangat istimewa kerana berbeza dengan pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di negara kita.
            Saya juga berminat dengan Waldorf dolls yang dibuat menggunakan “cotton”; yang boleh digunakan oleh guru dan kanak-kanak untuk menjalankan “Imaginative Play”. Saya berpendapat bahawa Waldorf dolls ini memang amat berguna untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.
            Untuk aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh Clairew Harley, saya berasa aktiviti-aktiviti tersebut sangat berguna kepada saya untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. Saya tidak menyesal bahawa saya telah membeli bukunya kerana ia sangat bermakna.
            Kesimpulannya, saya berharap bahawa saya mempunyai peluang untuk melawat ke “Kindergarten” yang menggunakan Waldorf Education dalam proses pangajaran dan pembelajarannya.

No comments:

Post a Comment